Sejarah


                     

                        Tahsin memulakan aktiviti sebagai pusat tuisyen UPSR, PMR, SPM dan Kelas Membaca Al-Quran. Pada 31 Julai 2008, Tahsin Tilawah Bestari Enterprise telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai pusat pendidikan persendirian. 

                            Menawarkan perkhidmatan :-

·                       Kelas bimbingan Al-Quran
·                       Kelas Tahsin Al-Quran
·                       Kelas Talaqqi Musyafahah
·                       Kelas Tajwid Al-Quran
·                       Kelas Hafaz Al-Quran
·                       Kelas Tarannum Al-Quran
·                       Kursus dan seminar berkaitan dengan Al-Quran
·                       Kelas Bahasa Al-Quran
bermula dari peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa dengan kaedah Aqrab Tilawah Bestari.


               Dengan bantuan seramai 6 orang tenaga pengajar, Tahsin Tilawah Bestari terus mengorak langkah bersama misi dan visi yang jelas untuk membantu masyarakat menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup disamping memperbaiki cara bacaan mereka.

                  Tahsin kini beroperasi sepenuhnya di :-
a)  Dewan Serbaguna, Desa Saujana, Sungai Merab Dalam.
b)  Seksyen 2, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan.


               Sehingga Julai 2009, Tahsin Tilawah Bestari mempunyai pelajar seramai 140 orang, yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa.




                            Objektif

§     Melahirkan pelajar yang dapat memahami ilmu Tajwid dan mempraktikkan dalam bacaan Al-Quran.
§     Melahirkan pelajar yang boleh membaca Al-Quran dengan baik (Tahsin Tilawah Al-Quran)
§     Melahirkan pelajar yang khatam Al-Quran secara Talaqqi Musyafahah (Tasmik dengan guru)
§     Melahirkan pelajar yang memahami maksud ayat-ayat dan surah-surah di dalam Al-Quran
§     Melahirkan pelajar yang boleh menghafaz ayat-ayat dan surah-surah di dalam Al-Quran
§     Melahirkan pelajar yang dapat mengamalkan doa-doa tertentu dalam Al-Quran.
§     Melahirkan pelajar yang mampu menjadi guru Al-Quran dengan cemerlang



Misi & Visi

Ø    Meningkatkan minat di kalangan anak-anak untuk mempelajari Al-Quran dengan sokongan dan dorongan daripada pihak ibu dan bapa.
Ø    Melahirkan generasi umat Islam yang mampu membaca Al-Quran dengan bacaan yang baik dan betul.
Ø    Membentuk budaya dan akhlak anak-anak dan remaja Islam dengan budaya dan akhlak Al-Quran.
Ø    Meninggikan martabat Al-Quran dan meningkatkan kesedaran betapa pentingnya bacaan Al-Quran dalam membentuk nilai-nilai murni dalam masyarakat.
Ø    Melahirkan generasi Al-Quran yang mampu memahami isi kandungan Al-Quran disamping bacaan yang betul dan baik seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan seharian


No comments:

Post a Comment