Arkib


ARKIB : 07/07/2008



Siti Aishah rasmi tilawah


Diatas tekad untuk membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian, satu Program Khatam Al-Quran 2008 diadakan di Institut Latihan TNB-ILSAS, Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Seramai 46 murid di antara umur enam hingga 65 tahun, telah berjaya menamatkan pengajian al-Quran mereka di Aqrab Tilawah Bestari yang juga terletak di Bangi.

Majlis anjuran majalah Anis, Asuh dan Aqrab Tilawah Bestari ini dirasmikan oleh Permaisuri Siti Aishah.
Tuanku Siti Aishah menyeru kepada umat Islam di Malaysia serta di seluruh dunia agar mengamalkan pembacaan al-Quran dalam kehidupan seharian mereka.

“Diharapkan pembudayaan membaca al-Quran dalam kehidupan seharian tidak sahaja kepada golongan kanak-kanak dan remaja tetapi orang dewasa dan warga emas, masih belum terlambat belajar.
“Misi terbaru saya ialah saranan kepada rakyat agar mereka sentiasa memantapkan dan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T bagi umat Islam dan bagi bukan Islam dapat hidup aman damai sejahtera dan harmoni serta saling hormat menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain.

“Saya perlu memberi hormat kepada ibu dan bapa saya yang telah menjaga saya selama sepanjang kehidupan saya. Saya harap saya dapat menyentuh hati dan sanubari mereka yang hadir pada hari ini untuk membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian.

“ Moga ia menjadi amalan, budaya dan selain dari itu cuba menghafal dan amalkan dalam sembahyang wajib dan solat sunat,” ujar beliau ketika ditemui pemberita selepas majlis berakhir.

Program yang telah diilhamkan oleh tenaga pengajar Aqrab, ustazah Nawiyah Abu ini adalah julung kali diadakan.
Selain program khatam, majlis turut diselang- seli dengan ceramah agama oleh ustaz Abdullah Mahmood dan penutup majlis pula diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Rabbani.





No comments:

Post a Comment